fb fb fb fb fb

Pelajar Malaysia di Bangladesh dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi - Wisma Putra

WISMA PUTRA

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Pelajar Malaysia yang terkesan susulan insiden protes di Bangladesh kini dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka demi keselamatan mereka.

Kementerian Luar berkata, pihak Suruhanjaya Tinggi di negara itu turut mempertimbangkan semua opsyen yang ada termasuk evakuasi jika perlu berdasarkan penilaian terhadap situasi semasa.

"Kementerian memahami kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan ahli-ahli keluarga mereka di Bangladesh.

"Kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi serta agensi lain yang berkaitan dalam usaha membantu pelajar Malaysia di Bangladesh," menurut kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra memohon semua pelajar Malaysia agar berhubung dan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Katanya, Bilik Operasi telah dibuka di kementerian dan boleh dihubungi di nombor telefon +603-8887 4570 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

"Rakyat Malaysia juga digesa agar berhati-hati terhadap individu yang menjanjikan bantuan untuk rakyat Malaysia di Bangladesh. Lakukan semakan dengan menghubungi Bilik Operasi," menurut kenyataan.

Sehubungan itu, Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh untuk mengelakkan kawasan protes, kekal berwaspada, dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan selaras perintah berkurung yang berkuat kuasa di negara berkenaan.

"Kementerian ini memantau rapat situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan kesemua 95 pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh kini berada dalam keadaan selamat susulan insiden protes rakyat di negara itu terhadap sistem kuota dalam pekerjaan di sektor kerajaan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA