fb fb fb fb fb

Pekebun kecil diseru sertai KPSM

(Datuk Zuraida Kamaruddin ketika Perasmian Pusat Timbang, KPSM Kimanis Berhad)

MEMBAKUT, 3 September- "Lebih ramai pekebun kecil diseru menyertai Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM)." Kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ia bagi memudahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memantau dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Tambahnya, "ini adalah kaedah yang memang kementerian bersama MPOB usahakan, agar pekebun kecil ini bergerak sebagai satu kumpulan kluster iaitu dalam kelompok koperasi.

"Jadi ia akan memudahkan kementerian dan juga MPOB menguruskan pekebun pekebun kecil." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Pusat Timbang, KPSM Kimanis Berhad, Kampung Tandoi Membakut, sempena Program Jelajah Agrikomoditi, Keluarga Malaysia di Membakut.

Setiap KPSM diberikan geran pembinaan berjumlah RM200,000 bagi menampung kos penyediaan tapak, pembinaan platform dan pembelian jambatan timbang.

(Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi  ketika ditemui pemberita)

Media Baharu