fb fb fb fb fb

Pegawai JAPEN terima pendedahan langkah atasi krisis bencana

CAMERON HIGHLANDS, 29 Jun- Seramai 30 pegawai Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) mengikuti bengkel pengurusan krisis dan bencana (simulasi) selama tiga hari di Tanah Rata di Cameron Highlands yang berakhir hari ini.

Pengarah Penerangan Pahang, Sabaruddin Yeop Hamza berkata bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai penerangan situasi di lapangan bencana alam sekiranya berlaku.

Menurutnya, simulasi ini membabitkan pelbagai pihak antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pejabat Daerah Cameron Highlands.

"Kita melihat bahawa perlunya ada kombinasi yang mantap bagi memastikan setiap agensi memainkan peranan masing-masing. Dalam konteks ini, sebenarnya kita menumpukan kepada bagaimana kita menguruskan media sebab kita lihat jika media ini tidak diuruskan dengan baik maka berlaku tanggapan berbeza.

Kita mesti pastikan bahawa maklumat itu mesti sampai dari sumber yang sah yang telah memberi maklumat yang tepat dan jelas supaya maklumat yang kita sampaikan masyarakat akan jelas akan mengelakkan berlakunya pelbagai tangapan," kata Sabaruddin kepada media selepas Bengkel Pengurusan krisis dan Bencana (simulasi) kali kedua selama tiga hari di Tanah Rata, di sini.


(Pengarah Penerangan Pahang, Sabaruddin Yeop Hamza menjelaskan kepada pemberita RTM dalam satu sidang media)

Seramai 100 orang pelbagai agensi keselamatan termasuk 30 pegawai penerangan mengikut simulasi menyelamat enam orang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tumpuan pelancong popular di negara ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan dalam menangani pengurusan krisis dan bencana ini peranan media sangat penting menyalurkan maklumat tepat dan padat kepada masyarakat.

"Dalam situasi krisis bencana perlu ada pusat media bergerak sebagai satu sumber yang sah untuk disampaikan kepada media arus perdana," tambah Sabaruddin.

Justeru, simulasi yang dijalankan penting untuk mewujudkan kesefahaman antara semua agensi apabila berlaku bencana.

Media Baharu