fb fb fb fb fb

PDRM jalin kerjasama dengan KPPK, bangun sektor agrikomoditi

KUALA LUMPUR, 1 April- Polis Diraja Malaysia PDRM menjalinkan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi KPPK dalam pembangunan sektor agrikomoditi .

Ini secara langsung membuka peluang anggota dan pegawai PDRM persediaan mereka yang bakal bersara untuk menjana sumber pendapatan.

Jelas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ini mendukung Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN 2030) memberi peluang anggotanya meningkatkan ekonomi menjadi pekebun serta peluang menceburi bidang ini.

Beliau berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MOU KOP Mantap Berhad anak syarikat koperasi PDRM bersama KPKK dan Capital Berhad di Maktab PDRM di Cheras ibu negara.

Selain itu MOU bersama Capital Berhad memberi tawaran penerbangan tanpa had di seluruh negara dan Asean dengan harga istimewa pada anggotanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang jauh serta mereka yang gemar melancong.

Ini merancakkan industri pelancongan dengan penawaran harga berpatutan.

Kolaborasi ini memberi manfaat 114,20 anggota KPDRM menikmati tawaran berbaloi serta manfaat menerusi pulangan dividen seterusnya melonjakkan KPDRM tangga ke-4 dalam 100 profil koperasi seluruh negara.


(Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun menyampaikan model kapal terbang Air Asia kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani)

Media Baharu