fb fb fb fb fb

Pasukan Unit Tindakan Khas ditempatkan di Sabah



KUALA LUMPUR, 3 Febuari- Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) yang ditempatkan di pantai timur Sabah akan menjadi pasukan respons pertama jika terdapat ancaman besar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain memaklumkan, pasukan itu akan menentukan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur negeri berkenaan.

"Walaupun di Sabah tiada sebarang ancaman anasir luar Malaysia, tapi PDRM tetap menambah anggota bagi menjamin keselamatan di negeri itu,

"Memang ada komando di sana, namun kami tambahkan penugasan yang akan segera bertindak sekiranya terdapat respon di darat mahupun di laut," jelasnya dalam Sidang Media Majlis Pride Of Workmanship Award oleh Rotary Malaysia di ibu negara.

Seramai 10 pegawai menerima sijil pengiktirafan di atas sumbangan yang diberikan kepada masyarakat khususnya sepanjang pandemik COVID-19.

Media Baharu