fb fb fb fb fb

Pascabanjir: RM450,000 peruntukan kerajaan negeri Melaka bagi bina dan baik pulih rumah akibat bencana

 

DURIAN TUNGGAL, 8 Januari- Kerajaan negeri Melaka membelanjakan RM450,000 bagi membantu membina dan membaik pulih 27 unit rumah keluarga B40 yang terjejas akibat bencana sepanjang tahun lalu.

Jelas Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, bantuan melalui Lembaga Perumahan Melaka LPM itu untuk kerosakan akibat banjir, kebakaran dan sebagainya.

Lima unit daripada bilangan tersebut merupakan rumah baharu.

Tahun ini, LPM turut merancang membina 60 unit rumah menerusi Program Melaka Rumahku dengan kos keseluruhan RM3 juta untuk golongan memerlukan khususnya asnaf dan miskin dengan tapisan ketat.

"Hanya 60 mereka yang benar-benar layak macam asnaf miskin dan sebagainya kalau rumah mereka ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir,  dah tinggal tangga sahaja rumahnya maka ini yang betul-betul layak menerima", katanya selepas majlis penyerahan kunci rumah Program Melaka Rumahku di Durian Tunggal, Melaka.


Media Baharu