fb fb fb fb fb

Pasca banjir: 260 sukarelawan turun membantu penduduk Kangar terjejas banjir

Foto FB Shahroul Ahmad Daud

KANGAR, 2 Disember- Seramai 260 sukarelawan mahasiswa dan pelbagai agensi serta pertubuhan bukan kerajaan digerakkan Pertubuhan Sukarelawan Malaysia (MYVO) melaksanakan misi bantuan pasca banjir sekitar Parlimen Kangar yang terjejas banjir.

Dilaksanakan sejak 30 Oktober....misi ini turut menggalakkan mahasiswa dan komuniti menjalankan aktiviti kesukarelawanan dengan membantu penduduk.

Menurut Penyelaras Misi Pasca Banjir Parlimen Kangar, Faizal Efendy Mat Ali, antara pengisian utama misi adalah pembersihan kawasan aktiviti komuniti khususnya dewan orang ramai, pusat komuniti setempat dan institusi pendidikan.

"Komuniti berterima kasih terhadap MYVO kerana turut sama membantu dalam kerja-kerja pasca banjir."

"Pihak MYVO turut pergi ke rumah-rumah warga emas dan kerja pembersihan turut dilakukan di sana."

Beliau memaklumkannya ketika Misi Pasca Banjir di Dewan Komuniti Taman Bukit Kaya bersama 20 sukarelawan.

Tambahnya, misi seterusnya akan diperluaskan ke kawasan kediaman penduduk yang teruk terjejas banjir sekitar DUN Kayang dan DUN Bintong yang telah dikenalpasti.
 
Menurutnya lagi, Misi dilaksanakan ini bukan sahaja membuka peluang kepada mahasiswa dan komuniti sukarelawan menyumbang tenaga, malah memberi pengalaman baharu dalam menyantuni masyarakat setempat ketika bencana.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI