fb fb fb fb fb

Pasar Dato Keramat terbakar

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Deretan gerai di Pasar Dato Keramat di ibu negara sekali lagi musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran dengan anggaran kemusnahan 10 peratus.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

Beberapa pasukan operasi jentera digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dan bantuan daripada BBP Hang Tuah,BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dengan kekuatan 47 orang anggota.

Setibanya bomba di lokasi kejadian pada pukul 1.41 pagi, keadaan api sangat marak.

Kebakaran melibatkan lot kedai yang berkeluasan 80 x 120 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan kebakaran sebanyak 50 peratus.

Api dipercayai marak dengan cepat disebabkan bahan binaan kedai berkenaan yang terdiri daripada kayu.

Kebakaran berjaya di kawal pada pada pukul 2.11 pagi dan tiada mangsa yang terlibat.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

 


(Kebakaran berjaya di kawal pada pada pukul 2:11 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan)
FOTO BOMBA KL

Media Baharu