PUTRAJAYA, 14 September- Caj parkir tidak lagi dikenakan kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bermula hari ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi hantaran ringkas di laman Facebook beliau pagi ini.
"Saya ingin maklumkan caj parking MAHA2024 dihentikan berkuatkuasa hari ini," jelasnya.
Pengunjung MAHA 2024 sebelum ini dikenakan caj parkir RM5 melalui pembayaran secara dalam talian di laluan masuk MAEPS Serdang.
MAHA 2024 berlangsung selama 12 hari hingga 22 September ini dijangka menarik lebih tiga juta pengunjung.