
KANGAR, 2 Ogos – Persatuan Amal Bakti Perlis (PABPs) menyalurkan sumbangan 20 kerusi roda kepada mereka yang memerlukan sekitar Parlimen Kangar.
- Inisiatif Ziarah Kasih Prihatin Bersama Komuniti menjadi saluran penyaluran sumbangan bersama Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar.
- Penerima terdiri daripada mereka yang sakit dan tidak dapat berjalan serta warga emas untuk kegunaan harian.
- Program itu sebahagian daripada komitmen PABPs menyantuni masyarakat dan membantu golongan memerlukan di Parlimen Kangar.
- Sumbangan diharapkan meringankan beban keluarga penerima dan membantu aktiviti harian; program berlangsung di Kampung Gunung, Utan Aji menyantuni Che Basah Bakar.
Sumbangan disalurkan menerusi Program Ziarah Kasih Prihatin Bersama Komuniti yang digerakkan bersama Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar.
Pengerusi PABPs, Areff Affandy Ariffin berkata, penerima terdiri daripada mereka yang sakit dan tidak dapat berjalan atau warga emas untuk kegunaan seharian.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen PABPs dalam menyantuni masyarakat serta membantu golongan yang memerlukan di sekitar Parlimen Kangar.
Sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban ditanggung keluarga penerima, selain membantu penerima menjalani aktiviti seharian.
Beliau berkata demikian pada Program Ziarah Kasih Prihatin Bersama Komuniti di Kampung Gunung, Utan Aji bagi menyantuni seorang guru kelas mengaji Al-Quran, Che Basah Bakar.
Turut serta pada program itu, Pengerusi Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar, Mohd Jeffry Hassan.