fb fb fb fb fb

Ops Khas TBC: JPJ Kedah keluar 165 notis pelbagai kesalahan

Foto: FB JPJ Negeri KEDAH

 ALOR SETAR, 3 Februari- Empat motosikal dan sebuah lori disita pada hari kedua Ops Khas Bulan Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang dijalankan di sekitar Alor Setar, Jitra dan Kulim, semalam.
 
Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, antara kesalahan dilakukan ialah tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

"Secara keseluruhan sebanyak 165 notis telah dikeluarkan sepanjang Ops dijalankan dan kesemua kesalahan telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
"Manakala kesemua kenderaan yang disita telah ditahan di Depoh Sita JPJ Negeri Kedah di Suka Menanti," katanya.
 
Sementara itu, Aman Shah berkata dalam operasi di sekitar Kulim, sebuah motosikal disita kerana penunggangnya tiada lesen memandu dan salah guna Lesen Kenderaan Motor Persendirian bagi tujuan perniagaan.

Menurutnya, sebanyak 28 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan sebuah motosikal disita dalam Ops yang dijalankan di KM1 Jalan Hitech 15 Kulim, Kedah.

JPJ Kedah akan terus melaksanakan penguatkuasaan dengan tegas dan tiada kompromi terhadap pesalah laku jalan raya terutamanya kesalahan yang berulang kali dilakukan.

 Penguatkuasan berterusan terhadap kenderaan perdagangan juga akan dilakukan dalam usaha mengurangkan risiko berlaku kemalangan melibatkan kegagalan aspek teknikal kepada kenderaan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI