fb fb fb fb fb

Ops Kesan: Majikan gagal mencarum, PERKESO keluarkan 30 kompaun

BUKIT LINTANG, 10 Jun- Sebanyak 30 kompaun dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka dalam Ops Kesan dengan nilai kira-kira RM18,000 kepada majikan yang gagal mencarum.

Menurut Pengarah PERKESO, Abd Razak Omar, pelbagai alasan diberikan oleh majikan seperti tidak tahu, pekerja tidak mahu mencarum, masalah kewangan dan sebagainya.

Tegasnya, majikan perlu bertanggungjawab dengan mendaftar caruman berkenaan sebagai persediaan kepada keluarga pekerja sekiranya berlaku kemalangan.


(Pengarah PERKESO, Abd Razak Omar)

"Saya juga ingin mengingatkan mereka, industri di waktu malam, jangan ingat mereka boleh terlepas daripada tanggungjawab mereka.

"Di waktu malam juga, kita daripada PERKESO akan menziarahi mereka supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab. Sekiranya mereka gagal, mereka akan dikenakan kompaun”, katanya selepas Majlis Penyerahan Faedah PERKESO kepada enam beradik yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan jalan raya pada 6 Jun lalu di Bukit Lintang.

Hadir sama Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem.

Pada majlis berkenaan, PERKESO menyampaikan Faedah Penakat berjumlah RM2,876.14 sebulan dan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM4,000 kepada anak sulung pasangan berkenaan iaitu Sa’eed Ezuddin.

Media Baharu