fb fb fb fb fb

Operasi SAR tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm diteruskan

BATANG KALI, 20 Disember- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini, diteruskan.

Operasi ini memasuki hari kelima bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang masih belum ditemui.

Dalam tragedi Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.

(Foto fail)

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih hilang.

Media Baharu