fb fb fb fb fb

Operasi musim haji 1443H/2022M selesai

SEPANG, 14 Ogos- Operasi musim haji 1443H/2022M selesai dengan ketibaan penerbangan pulang kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia semalam.

Seramai 284 jemaah haji Malaysia bersama petugas haji selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 1.30 tengah hari.

Kumpulan tersebut berlepas menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH 8351) dari Madinah pada 12 Ogos jam 11.10 malam waktu Arab Saudi.

"Selama 72 hari, alhamdullilah dengan bilangan kuota yang sedikit rendah berbanding tahun sebelum ini, cabaran paling saya nampak secara global ialah cuaca. Kita sering kali nasihatkan jemaah agar jaga kesihatan untuk pergerakan, dari segi tu jangan terlalu kerap berada di luar. Pengalaman saya di Madinah, cuaca teriknya amat terasa berbanding di Mekah," kata Pengurus Jemaah Haji, Mohd Shahmil Ahmad.

(Seramai 284 jemaah haji Malaysia bersama petugas haji selamat tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa KL)


"Ini adalah kali kedua saya bertugas di sana dan alhamdullilah semua berjalan lancar. Tahun ni saya katakan boleh saya rasakan tahun ini adalah perjalanan haji yang menarik dan semua jemaah dan syarikat juga memberi kerjasama terbaik kepada pihak Tabung Haji," menurut petugas haji, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman.

"Keadaan di sana tidak seperti yang dijangkakan, sebelum kami berlepas pergi...sebab kemudahan mungkin agak sukar tapi bila sampai di sana syukur, apa yang dijangkakan berjalan dengan baik begitu selesa sekali terutamanya tempat tidur, ada bantal dan tilam dan bilik air terutamanya bilik air memang baharu. Tidak ada masalah langsung dan kemudahan lain syukur alhamdulillah begitu baik sekali pengurusan Tabung Haji," kata salah seorang jemaah haji, Mohd Nuzolul Yusoff.

Berita berkaitan
Kos haji, TH serah cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbang
Petugas media RTM selamat tiba di tanah air, kongsi cabaran liputan haji
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di tanah air
Kos haji, TH serah cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbang
111 jemaah haji mangsa penipuan saman agensi pelancongan

Menyentuh mengenai musim haji tahun hadapan, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH memaklumkan, keutamaan akan diberi kepada bakal jemaah yang mendapat giliran menunaikan haji pada tahun 2020 dan 2021.

(Datuk Seri Syed Saleh ditemui RTM setelah tiba di KLIA, Sepang)

Turut diberi keutamaan, bakal jemaah yang melebihi had usia 65 tahun.

"Ada dalam kalangan jemaah haji yang patut giliran mereka pergi pada tahun 2022 dan 2021 yang umur mereka melampaui 65 tahun. Mereka masih tunggu untuk pergi tahun depan dan mereka yang patut pergi tahun 2022, tahun ini sebahagian tidak terpilih juga akan keutamaan untuk tahun depan dan begitu juga giliran 2023," katanya.

"Yang penting sekarang ini kita masih menunggu apakah jumlah kouta yang akan diputuskan oleh pihak kerajaan Arab Saudi dan jika ada kriteria-kriteria pemilihan yang dikenakan pada tahun hadapan," tambah beliau.

Media Baharu