fb fb fb fb fb

Undi 18 beri keutamaan kepada belia rakan strategik pembangunan negara

Tengku Datuk Seri Zafrul berucap pada majlis Perasmian Sambutan Hari Belia
Negara peringkat Selangor 2022 di Stadium Utama Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 18 Ogos- Peranan dan sumbangan golongan belia terus diberi keutamaan sebagai rakan strategik pembangunan negara, terutama menerusi pelaksanaan Undi 18.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Undi 18 mengiktiraf penglibatan belia dalam membuat keputusan dan merencana masa depan negara.

"Undi 18 juga mampu mengubah gaya politik tradisional. Anak-anak muda perlu membuktikan mereka mampu menawarkan wadah baharu politik yang lebih segar.

"Lebih baik pemahaman anak muda terhadap isu semasa, lebih bijak pilihan yang akan dibuat demi masa hadapan negara," kata Zafrul dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Belia Negara peringkat Selangor 2022 di Stadium Utama Kuala Selangor, di sini.

(Tengku Datuk Seri Zafrul (tengah) pada majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara
peringkat Selangor 2022 di Stadium Utama Kuala Selangor)

Menurut beliau, peka dengan keperluan golongan belia, pelbagai inisiatif digariskan oleh kerajaan menerusi Bajet 2022.

Antaranya inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia yang telah diperluas dan memanfaatkan 600,000 mahasiswa, selain inisiatif e-Pemula bagi menggalakkan ekonomi digital.

Media Baharu