KEMAMAN, 22 September -Operasi melupuskan sisa gas Butana yang bocor di tapak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kerteh, Terengganu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pemeriksaan di tujuh lokasi yang ditempatkan alat pengesan gas mendapati lima daripadanya menunjukkan bacaan kosong kecuali di kawasan yang berlakunya kejadian.
Menurut Mohd Razi, alat pengesan gas itu dipasang pasukan khas bahan kimia berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
Ujar Mohd Razi berkata, setakat ini pihak berkuasa masih mengekalkan jarak selamat iaitu sekitar radius 500 meter untuk beroperasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Menurut Superintenden Mohd Razi, operasi membakar sisa gas menggunakan dua alat pembakaran mudah alih sedang dilakukan dengan kawalan ketat pasukan HAZMAT.
Bagaimanapun aktiviti pembinaan projek ECRLdijentikan untuk sementara waktu sehingga gas berkenaan dilupuskan sepenuhnya.
"itu bergantung kepada keadaan semasa yang mana pihak Petronas akan memberikan kita nasihat bila boleh kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak ECRL diteruskan. Walaubagaimanapun, setakat ini kita tidak benarkan mereka untuk menjalankan apa-apa juga aktiviti di tapak kejadian", katanya kepada pemberita,
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad berkata, berkata bomba menggunakan dua peralatan berteknologi tinggi untuk mengesan kehadiran gas berbahaya dan mudah terbakar di lokasi berkenaan.
"Kita beri bantuan teknikal kepada Petronas untuk melaksanakan kerja-kerja pengesanan dan setiap. Buat masa sekarang setiap dua jam kita akan masuk ke kawasan bawah tanah dan di beberapa lokasi sekitar radius 500 meter sehingga ke 700 untuk mendapatkan bacaan", ujarnya.
Selain itu, pihaknya turut memaklumkan Petronas dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut menggunakan dron yang dilengkapi dengan alat khas bagi tujuan pemantauan dan mengesan keberadaan gas dalam udara.
Tambahnya, proses melupuskan sisa butana mengambil masa agak lama kerana proses pembakaran secara terkawal tidak boleh dibuat dalam skala besar kerana boleh memberi kesan kepada kualiti udara sekeliling
Operasi lupus sisa gas butana Kerteh ambil masa tiga hari

powered by social2s