fb fb fb fb fb

Op Selamat 23: 13,107 saman dikeluarkan, catat penurunan kemalangan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Februari-Hari ke-5 Op Selamat 23, Sebanyak 13,107 saman telah dikeluarkan sepanjang operasi sehingga malam tadi (Sabtu).

Statistik kemalangan di sekitar Kuala Lumpur juga telah menurun kepada 639 berbanding 681 kes pada Op Selamat 21 tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi setiap malam bagi memastikan kesesakan lalu lintas dapat dikawal dengan lebih berkesan.

"Saya rasa hari ini pun ramai penghuni-penghuni bandar raya Kuala Lumpur yang balik daripada kampung-kampung daripada destinasi destinasi mereka yang bercuti di luar daripada Kuala Lumpur hari ini dan juga esok.

"Saya percaya kadar peningkatan kenderaan yang masuk Kuala Lumpur akan berada pada tahap yang tinggi. Jadi, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk memastikan kekuatan kita digunakan sepenuhnya bagi memastikan kesesakan tidak berlaku di Kuala Lumpur", katanya di sini.

Sementara itu,sebanyak 700 motorsikal ditahan dan diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar ibu negara bermula awal pagi tadi.

Operasi itu bertujuan untuk mengurangkan aktiviti merempit dan perhimpunan motosikal yang membahayakan keselamatan awam.

Menurut Mohd Zamzuri, sebahagian besar daripada motosikal yang ditahan didapati telah diubah suai secara haram selain tidak mempunyai lesen, insurans, dan pendaftaran yang sah.

"Jadi kita tahan ubahsuai-ubahsuai ini yang lebih ketara ini pada tayar motosikal yang telah diubah jadi kecil, kemudian ekzos yang telah diubah suai kita lihat tadi ada lapan bunyi ekzos boleh dibuat dalam masa satu masa menggunakan butang sahaja.

"Jadi kita harap keluarga masing-masing lihat anak-anak kita dan juga adik-beradik kita yang gunakan motosikal.

"Sebab mereka yang kena.Siapapun kita akan ambil tindakan juga kepada pemilik motosikal yang telah memenarkan motosikal mereka digunakan tanpa lesen", katanya di sini.

Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada ibu bapa dan keluarga agar memantau anak anak yang menggunakan motosikal, terutamanya yang tidak mempunyai lesen.

Tindakan akan diambil terhadap pemilik motosikal yang membenarkan motosikal mereka digunakan tanpa lesen yang sah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD