fb fb fb fb fb

Op Selamat 18: Kemalangan musim raya di Terengganu meningkat

KUALA TERENGGANU, 23 Mei- Sebanyak 558 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan di Terengganu sepanjang tempoh Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang berakhir 8 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata berlaku pertambahan 20 kes atau empat peratus berbanding 538 kes kemalangan yang direkodkan bagi tempoh sama pada tahun 2019.

Bagaimanapun menurut beliau, kes kemalangan maut menunjukkan penurunan dengan sembilan kematian berbanding 11 kes pada 2019.

Daerah Besut pula mencatatkan tiga kes kemalangan maut, dua di Setiu dan masing-masing satu kes di Kuala Terengganu, Marang, Kemaman dan Dungun.

"Kita telah mendapat tempat kedua dari segi kontinjen kedua terbaik bagi keseluruhan kontinjen dan juga bagi kategori daerah kita mendapat tempat ketiga iaitu oleh daerah Kemaman. Ianya adalah berdasarkan kepada kadar kemalangan yang menurun dan kelancaran trafik diambil kira daripada perkara-perkara tersebut. Alhamdulillah kejayaan itu amat bermakna buat kontinjen Terengganu," katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri IPK Terengganu, semalam.


(Datuk Rohaimi (berdiri) melayan sebahagian tetamu pada program
Rumah Terbuka IPK Terengganu di Kuala Terengganu)

Sementara itu, sebanyak 13 kes pecah rumah yang melibatkan kerugian keseluruhan RM51,535 dicatatkan di seluruh negeri ini sepanjang tempoh Op Selamat 18.

Ujar beliau, kes pecah rumah itu direkodkan di empat daerah iaitu Kuala Terengganu dengan lapan kes, Besut dan Dungun masing-masing dua kes serta satu kes di Kemaman.

Media Baharu