fb fb fb fb fb

Op Selamat 18 : 26,150 saman dikeluarkan di negeri Johor

SKUDAI, 8 Mei - Op Selamat 18 di Johor menyaksikan lebih 26,150 saman dikeluarkan melibatkan enam jenis kesalahan sejak 29 April hingga 7 Mei.

Mengikut statistik, sebanyak 23,434 saman dikeluarkan membabitkan had laju dan 1,432 saman lagi membabitkan kesalahan memotong barisan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Johor, DSP Khairul Azhar Ismail memaklumkan, 677 saman dikeluarkan disebabkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah serta 304 saman memotong garisan berkembar.

Selain itu, 307 saman melibatkan kesalahan memandu sambil menggunakan telefon dan 5 saman menggunakan lorong kecemasan.


(Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Johor, DSP Khairul Azhar Ismail)

"Kemalangan di Johor adalah sebanyak 21,110, 18 kemalangan maut, daripada 18 maut,14 adalah libatkan motosikal manakala 4 lagi pemandu dan penumpang kenderaan, 21 kes kecederaan parah dan 26 kes kecederaan ringan," kata beliau ketika ditemui Berita RTM semasa tinjauan aliran trafik di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru petang tadi.

Selain itu, 2,045 kes lagi melibatkan kerosakan kenderaan.

Kebanyakan kemalangan dilaporkan berlaku di jalan-jalan negeri membabitkan jalan penghubung antara daerah.

Op Selamat 18 tamat hari ini dengan melibatkan penugasan seramai 627 pegawai dan anggota sepanjang tempoh 10 hari.

Media Baharu