fb fb fb fb fb

Op Samseng Jalanan: 20 motosikal disita di Pulau Pinang

16 kes melibatkan kesalahan dadah dan imigresen turut dikesan.

PERMATANG PAUH, 28 April- Sebanyak 35 motosikal ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Dua, pagi tadi.

Menerusinya, 72 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan, manakala 20 motosikal turut disita.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Helmi Aris berkata antara kesalahan dikesan adalah tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh dan modifikasi motosikal.

"16 kes melibatkan kesalahan dadah dan imigresen turut dikesan.

"Sebanyak 345 buah kenderaan diperiksa dalam operasi yang dijalankan bermula pada pukul 3.00 pagi tadi.

"Operasi tersebut dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Bukit Aman," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM