fb fb fb fb fb

Op Prihatin: APM akan bantu pengguna jalan raya

Petugas APM di setiap daerah akan akan menjalankan rondaan di jalan raya menggunakan kenderaan jabatan, antaranya adalah motosikal, kenderaan 4x4 dan ambulans.

KANGAR, 9 April- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis menggerakkan seramai 48 pegawai dan anggota bagi menjayakan Op Prihatin sempena sambutan Aidilfitri bermula 5 hingga 14 April ini.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud, operasi yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi membantu pengguna jalan raya menjelang Aidilfitri ini.

"Kami akan bantu terutama ketika berlaku kemalangan jalan raya, pembaikan kecil kerosakan dan khidmat nasihat mengenai langkah perawatan serta khidmat kemanusiaan.

"Petugas Op Prihatin seramai empat anggota setiap shif di setiap Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kangar, Arau, Padang Besar dan Kuala Perlis.

"Petugas APM di setiap daerah akan akan menjalankan rondaan di jalan raya menggunakan kenderaan jabatan, antaranya motosikal, kenderaan 4x4 dan ambulans," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Penugasan Ops Prihatin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kangar di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM