fb fb fb fb fb

Op Murni: MINDEF dan ATM siap sedia hadapi musim banjir

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menggerakkan aset dan anggotanya bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda negara bermula November ini.

Kementerian Pertahanan memaklumkan, ATM sudah bersedia menerusi Operasi Murni (Op Murni) untuk melaksanakan tugas sekundernya bersama-sama agensi awam yang lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga agensi berkaitan yang lain.

(FOTO HIASAN)

"Kerjasama turut meliputi aspek perancangan dan koordinasi tindakan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diwujudkan di setiap daerah bagi memastikan segala bentuk bantuan dan operasi berjalan dengan lancar," kata MINDEF menerusi kenyataan.

Kenyataan turut memaklumkan, MINDEF turut melaksanakan perancangan khususnya operasi pasca banjir di negeri-negeri terlibat serta akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai sebarang operasi berkaitan dari semasa ke semasa.

Media Baharu