fb fb fb fb fb

OKU sahut seruan kerajaan, terima suntikan dos penggalak


KANGAR, 6 Januari- Seramai 23 orang kurang upaya (OKU) menerima suntikan dos penggalak, hari ini.

Bertempat di Masjid Tuanku Syed Putra, program suntikan dos penggalak dilaksanakan dengan kerjasama pengurusan masjid, Jabatan Kesihatan Negeri
dan Rumah Lavender Transit Oku dan Ibu Tunggal.

"Pemberiaan dos penggalak kepada golongan OKU kerana mereka terdiri daripada golongan berisiko tinggi terhadap COVID-19," jelas Penyelaras Kelas OKU Penglihatan yang juga Pengerusi Rumah Lavender Transit Oku dan Ibu Tunggal, Tuan Marja Tuan Mat.

"Selain golongan OKU Penglihatan, turut menerima suntikan dos penggalak ialah 33 orang petugas masjid, penjaga OKU di Rumah Lavender dan ahli keluarga,"

"Inisiatif ini penting bagi mengekalkan status lengkap divaksin sepertimana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu selewat-leawatnya menjelang bulan Februari depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media Baharu