fb fb fb fb fb

Perkembangan banjir di Pahang dan Johor



KUALA LUMPUR, 6 Januari- Penduduk terjejas banjir di Pahang terus mencatat penurunan dengan mencatatkan jumlah penduduk terjejas kepada 534 orang daripada 160 keluarga, setakat petang ini.

Jumlah itu berkurang berbanding, seramai 544 orang penduduk daripada 163 buah keluarga.

Menurut portal info Bencana Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka masih ditempatkan di 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan daerah Temerloh, Pekan, Bera dan Rompin.

Sementara itu di Johor, jumlah penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan, dengan tiga ribu 985 individu daripada seribu 88 keluarga, masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat empat petang tadi, dengan 61 PPS masih beroperasi, melibatkan lima daerah.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyanathan memaklumkan, Segamat masih menjadi daerah paling terjejas, dengan dua ribu 460 penduduk terjejas
ditempatkan di 36 PPS.

Diikuti Tangkak, 793 penduduk di 14 PPS , dan Muar, 714 penduduk di sembilan PPS.

Selain itu enam sungai berada di paras bahaya, melibatkan Sungai Muar di Buloh Kasap, Kampung Olak Sepam, Panchor, dan Bukit Kepong.

Serta Sungai Gemas, di Muara Sungai Gemas, Segamat, dan Liang Batu, Muar.

Media Baharu