fb fb fb fb fb

"Pembalakan bukan punca utama banjir" - MB Kedah


ALOR SETAR, 6 Januari- Aktivit pembalakan bukan punca utama banjir di negeri Kedah, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Jelasnya, fakta sebenar mengenai aktiviti pembakalan boleh dirujuk dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Beliau berkata, aktiviti pembalakan negara ini dikawal ketat termasuk mengikut garis panduan antarabangsa di bawah Protokol Geneva 1925 dan Deklarasi Rio.

"Aktiviti pembalakan dikawal Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, terdapat undang-undang berdasarkan protokol antarabangsa,"

"Di Kedah, kami mengambil contoh di Rio yang menggunkan Konvensyen 1992, yang mana telah ditandatangani di peringkat antarabangsa dalam industri pembalakan," jelasnya kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian (MoA) antara Menteri Besar Kedah Incorporated, Universiti Sains Malaysia, Permodalan Kedah Berhad, Hayun Land Sdn Bhd, Kedah Agro Holdings Bhd dan MHC Trading (M) Sdn Bhd.

Sebelum ini, kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dikaitkan dengan aktiviti pembalakan berdasarkan kejadian sisa pokok kayu yang ditemui di kawasan rumah penduduk selepas air surut.

Ini termasuklah kejadian kepala air di Titi Hayun, Yan.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan kejadian berlaku akibat turunan hujan lebat.

Media Baharu