fb fb fb fb fb

NSRC dicadang beroperasi selama 24 jam - Teo Nie Ching

PETALING JAYA, 9 Januari- Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dicadangkan untuk melanjutkan operasinya selama 24 jam bagi menangani kes jenayah penipuan siber dengan lebih berkesan dan bersepadu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata hasrat itu sudah disampaikan untuk pertimbangan pihak Kementerian Kewangan, semalam.

"25% antara panggilan daripada mangsa scam, 5% adalah untuk kemaskini dan 5% adalah lain-lain tetapi yang lain adalah tak perlu tindakan.

Oleh sebab itu, saya rasa ada keperluan beroperasi 24 jam sehari," kata Teo Nie Ching kepada pemberita RTM selepas menghadiri pelancaran Telemovie Keamanan Buddha Youth di Petaling Jaya, Selangor.

Tambahnya, purata panggilan harian yang dilaporkan NSRC ketika ini adalah 150 panggilan.

Talian itu dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam selama 12 jam.

Beliau optimis, pelaksanaan cadangan itu akan dapat membantu lebih ramai mangsa yang berdepan penipuan siber di negara ini.

NSRC adalah sebuah pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


(Foto Hiasan)

Media Baharu