fb fb fb fb fb

RM1.1 bilion nilai rampasan, sepanjang OP Benteng

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Sebanyak RM1.1 bilion nilai rampasan berjaya berjaya dikumpulkan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) menerusi OP Benteng dari Mei 2020 hingga 26 Disember 2022.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Jeneral Buang berkata, kejayaan itu diraih hasil gabungan kerjasama 19 agensi di bawah NTF dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengawal penularan pandemik COVID-19 dalam negara.

Dalam tempoh sama, sejumlah 7,490 tangkapan melibatkan 1,444 tekong, 23,894 orang PATI dan 1,377 orang penyeludup juga berjaya ditangkap.


(Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Jeneral Buang)

"Bagaimana kita lihat NTF ini sebagai satu gabungan yang dapat mencapai kejayaan sedemikian. Ini adalah disebabkan kerjasama diantara agensi-agensi dimana pertukaran dan perkongsian maklumat perisikan yang efektif, perancangan bersama yang mampan serta semangat setia kawan yang utuh", katanya.

Tambahnya, model pengoperasian NTF juga perlu menjadi 'blueprint' untuk pengurusan keselamatan sempadan pada masa akan datang.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Perkhidmatan Operasi Benteng 2022 - 2022 sempena pembubaran NTF di ibu negara.

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Bilangan 2 tahun 2022 sebelum ini bersetuju bahawa NTF akan dibubarkan secara rasmi pada 31 Disember tahun ini.

Media Baharu