fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 6 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi dagangan tengah hari.

Pada waktu rehat, kedua-dua kontrak April 2023 dan Jun 2023 susut 17.5 mata kepada 1,414.5 dan 1,416.0, Mei 2023 turun 17 mata kepada 1,416.5 dan September 2023 menguncup 16 mata kepada 1,408.0.

Jumlah dagangan 4,640 lot manakala kepentingan terbuka 34,047 kontrak.

Sementara itu, indeks penanda aras FBM KLCI susut 12.10 mata kepada 1,417.50 daripada penutupan semalam pada 1,429.55.- BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu