fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi bagi hari keempat berturut-turut pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat kepada US$2,541.20 setiap auns troy daripada paras US$2,525.80 pada Selasa.

Kontrak bulan semerta September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,544.90 setiap auns troy daripada US$2,529.50 sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada 13 lot daripada 16 lot manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 54 kontrak daripada 60 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,529.75 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 20 Ogos 2024. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM