fb fb fb fb fb

New Zealand gariskan rancangan kenakan cukai sendawa, kentut ternakan

(Pemandangan udara lembu di paddock di ladang tenusu berhampiran
Cambridge di wilayah Waikato New Zealand/AFP) 

WELLINGTON, 11 Oktober- New Zealand mengumumkan rancangan mengenakan cukai pelepasan gas rumah hijau daripada haiwan ternakan, dalam cadangan kontroversi yang direka untuk menangani perubahan iklim.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata levi itu akan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia.

Gas yang dikeluarkan secara semula jadioleh 6.2 juta ekor lembu New Zealand dikenal pasti antara masalah alam sekitar terbesar di negara itu.

Menerusi skim ini petani perlu membayar pelepasan gas daripada haiwan mereka, seperti gas metana dalam kentut dan sendawa daripada lembu, dan nitrous oksida dalam air kencing ternakan.

Ardern berkata petani sepatutnya dapat menampung kos tersebut dengan mengenakan bayaran lebih untuk produk mesra iklim kepada pelanggan.

Menurut beliau "cadangan pragmatik" itu akan mengurangkan pelepasan pertanian sambil menjadikan hasil lebih mampan dengan meningkatkan "jenama eksport" New Zealand.

Kerajaan berharap menandatangani cadangan itu menjelang tahun depan dan cukai itu boleh diperkenalkan dalam masa tiga tahun sahaja. -AFP

(Levi itu akan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia)

Media Baharu