Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan kesihatan berdaya saing

Datuk Seri Aminuddin Harun di Simposim Penjagaan Primer Kali Ke-5/Foto RTM

SEREMBAN, 5 April – Sektor kesihatan akan terus ditambah baik seiring usaha menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang berdaya saing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri komited melalui inisiatif kesihatan progresif dan responsif dengan peruntukan jelas untuk sokongan rakyat.
  • Penjagaan primer dijadikan asas: pencegahan, diagnosis awal dan pembinaan kepercayaan antara doktor serta pesakit.
  • Memperkasakan kesihatan berasaskan komuniti, memperluas usaha pencegahan dan memantapkan kerjasama awam serta swasta untuk akses lebih adil.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan komitmen kerajaan negeri bukan sekadar retorik, sebaliknya diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif kesihatan yang bersifat progresif dan responsif dengan peruntukan yang jelas.

“Bagi tahun ini, sejumlah RM2.34 juta telah diperuntukkan bagi pelbagai inisiatif kesihatan rakyat, merangkumi bantuan pesakit kanser sebanyak RM1,000, sokongan kesihatan mental, kebajikan OKU serta bantuan rawatan kritikal seperti implan ortopedik dan pembedahan AV fistula”, katanya.

Amiruddin berucap pada majlis perasmian Simposium Penjagaan Primer Kali Ke-5 di Hotel Royale Chulan, di sini.

Jelasnya, penjagaan kesihatan primer dilihat sebagai asas penting dalam menentukan kekuatan keseluruhan ekosistem kesihatan, bermula daripada usaha pencegahan, diagnosis awal sehingga membina kepercayaan antara doktor dan pesakit.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperkukuh kesihatan berasaskan komuniti, memperluas usaha pencegahan serta meningkatkan kerjasama awam dan swasta bagi memastikan akses kesihatan lebih adil, tanpa jurang antara bandar dan luar bandar.