fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan bina 10 masjid baharu

SEREMBAN, 18 Mac- Kerajaan Negeri Sembilan sedang melaksana projek pembinaan 10 buah masjid baharu dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM64.5 juta.

Enam buah daripadanya dibina dengan peruntukan kerajaan negeri dan selebihnya peruntukan daripada kerajaan persekutuan dengan lokasinya di Seremban, Rembau dan Jelebu.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pembinaan 10 buah masjid baharu itu dijangka siap pada 2023.

"10 buah masjid tersebut Masjid Warisan Puteri, Masjid Taman Forest Height, Masjid Seremban Selatan, Masjid Taman Lenggeng.

"Masjid di Rembau Kampung Bongek, masjid di Bahau Ramania Masjid IOI Persekutuan, Masjid Kepayang Persekutuan, Masjid Kerangai dan satu lagi Masjid daerah Jelebu,"kata Aminuddin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvensyen Hala Tuju Pengurusan Masjid Peringkat Kebangsaan 2022 di Seremban. 

Tambahnya, kerajaan negeri menyasarkan 100 masjid akan dijadikan sebagai Pusat Pembangunan Umat Terbaik menjelang 2024 melalui beberapa aspek termasuk peningkatan jumlah jemaah di masjid serta pembangunan dakwah dan pendidikan menyeluruh.


(Datuk Seri Aminuddin Harun hadir pada Majlis Perasmian Konvensyen Hala Tuju Pengurusan Masjid Peringkat Kebangsaan 2022)

 

Media Baharu