fb fb fb fb fb

Melaka harap pelancong luar patuh SOP

DUBAI, 18 Mac- Susulan pembukaan sempadan negara bermla 1 April ini, kerajaan negeri Melaka berharap pelancong yang masuk ke Melaka dapat mematui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pematuhan SOP penting bagi mengelak sebarang penularan varian baru atau peningkatan kes COVID-19
di kalangan penduduk negeri Melaka.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan mengadakan sebarang ujian COVID-19 ke atas pengunjung yang masuk ke Melaka terutama pelancong antarabangsa.

Ini berikutan ujian seperti PCR sudah dilakukan di pintu masuk negara seperti Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiada keperluan untuk melakukannnya di Melaka.

"Jadi apabila pihak kerajaan persekutuan telah membenarkan pengunjung datang ke negara kita maka kita di Melaka jugak akan mengambil tindakan yang cukup berhati-hati.

"Saya tidak mahu melihat berlakunya peningkatan kes COVID-19, tapi saya yakin dalam keadaan situasi pandemik ini belum ada penghujungnya saya yakin kita telah terbiasa dengan keadaan norma-norma baharu,"kata Sulaiman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dubai.

Mengulas lanjut beliau berkata, pembukaan sempadan negara juga menjadi penanda pemulaan fasa endemik di Malaysia.

Justeru beliau berharap ia dapat merancakkan lagi seKtor pelancongan negara amnya dan pelancongan negeri Melaka khususnya.


(Datuk Seri Sulaiman ditemui pada satu sidang media di Dubai)

 

Media Baharu