fb fb fb fb fb

Naratif ekonomi Madani bakal dilancar menjelang Ogos

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 12 Jun- Kerajaan akan melancarkan naratif ekonomi madani menjelang Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, naratif tersebut akan mengandungi panduan jelas dan menetapkan hala tuju yang akan memudahkan tindakan pelaksanaan oleh kementerian dan jabatan berkaitan.


(Perdana Menteri ketika sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Bangunan Perdana Putra/BERNAMA)

“Prinsip-prinsis ekonomi kita cerakin ringkas dalam buku Madani tetapi Kementerian Ekonomi dan kementerian terlibat serta sektor swasta bila ada proses libat urus (akan) menentukan beberapa dasar seperti soal guna tenaga dan keutamaan pelaburan dan soal ekonomi hijau dan lain-lain.

"Jadi kita akan tumpukan bidang-bidang yang dirasakan perlu, difaham, naratif ini akan kerangka besar umum dan disusuli dengan beberapa tiang nadi ekonomi yang dijelaskan secara berperingkat", katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), jelas Datuk Seri Anwar, ahli mesyuarat turut diberi taklimat berkenaan keadaan ekonomi semasa negara dan global oleh Bank Negara Malaysia.

Mesyuarat turut memutuskan untuk meneliti dan membentangkan mengenai pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dijadual dilaksanakan secara dua fasa pada Jun dan Ogos ini.

Media Baharu