fb fb fb fb fb

Nakawan Cycling Club kongsi rezeki bersama anak yatim

(FOTO Nakawan Cycling Club)

ARAU, 12 April- Seramai 35 anak yatim dari Pusat Jagaan Rumah Hembusan Kasih diraikan dalam Program Kongsi Rezeki sempena Ramadan kali ini.

Anak-anak yatim tersebut merupakan golongan istimewa yang perlu disantuni bukan sahaja ketika Ramadan malahan setiap masa agar mereka tidak merasa terpinggir.

Bagi Presiden Nakawan Cycling Club, Ismarizal Ismail, usaha bagi menyantuni anak-anak yatim ini disertai 20 ahli kelabnya sebagai tanggungjawab bagi yang berkemampuan untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan insan yang memerlukan.

"Program ini juga peluang untuk muhasabah diri dan memberi penghargaan serta keceriaan kepada anak-anak yatim menyaksikan setiap anak yatim menerima pek makanan segera untuk berbuka puasa selain duit raya bagi membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,"kata Ismarizal.

Program tanggungjawab sosial berkenaan dilaksanakan setiap kali Ramadan dan menjelang Syawal bagi terus membantu golongan yang kurang berkemampuan.


(FOTO Nakawan Cycling Club)


(FOTO Nakawan Cycling Club)

Media Baharu