fb fb fb fb fb

470 staf RISDA gred 16 ke bawah dapat bantuan Aidilfitri RM200

(Pengerusi RISDA, Datuk Seri Noraini Ahmad berucap pada Majlis Iftar Ramadan RISDA 2023)

KUALA LUMPUR, 12 April- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan bantuan tunai sebanyak RM200 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ia membabitkan kumpulan pekerja sokongan gred 16 ke bawah di seluruh negara, kata Pengerusi RISDA, Datuk Seri Noraini Ahmad.

"Seramai 470 orang kakitangan RISDA gred 16 ke bawah seluruh negara akan menerima sumbangan tunai bernilai RM200 setiap seorang. Semoga sumbangan yang akan disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu semua dalam menyambut bulan syawal yang bakal tiba,"kata Datuk Seri Noraini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan RISDA 2023 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Kuala Lumpur semalam.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan tunai sebanyak RM3,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Kasih Ibu, Rumah Kebajikan Baitul Ehsan, Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad serta Surau Al mukmin Desa Pasifik di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA.


(Sekitar  Majlis Iftar Ramadan RISDA 2023 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Kuala Lumpur)

Media Baharu