fb fb fb fb fb

SWCorp anjur kempen elak pembaziran lebihan makanan bazar Ramadan

(FOTO RTM)

ARAU, 12 April-Sebanyak 175.259 kilogram makanan dan minuman berjaya diselamatkan daripada dibuang ke tapak pelupusan sisa pepejal bagi tempoh 10 hari bermula daripada 31 Mac hingga 10 April.

Exco Perlis, Fakhrul Anwar Ismail berkata, berkata lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual di bazar Ramadan itu dapat diedar kepada golongan memerlukan hasil kerjasama dengan Pertubuhan Pemuda Gema Perlis serta peniaga.

"Pihak GEMA dngan kerjasama para peniaga akan mengumpulkan kesemua makanan yang belum terjual bagi dikumpulkan dan diedarkan kepada Mahasiswa di UiTM Arau. Selain itu, ia merupakan sumbangan bagi memperkasa amalan menjaga kebersihan dan budaya berbelanja secara sederhana", ujarnya ketika ditemui media pada Program Walkabout Sempena Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran dan Kempen Berani Tegur Bulan Ramadan di Pasar Ramadan Arau.

Pelaksanaan program MySavefood ini juga mampu mengurangkan separuh daripada jumlah pembaziran makanan dimana ketika ini dianggarkan sebanyak 2.3 tan sisa makanan dibuang ke tapak pelupusan sepanjang Ramadan di Perlis.



(Exco Perlis, Fakhrul Anwar Ismail meninjau Bazar Ramadan di Arau/FOTO RTM)

Media Baharu