KOTA LAKSAMANA, 12 April- Melaka dijangka menerima 50 kapal persiaran mewah yang dijangka singgah di negeri itu pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
Exco Pelancongan , Warisan ,Seni Dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) telah bersedia menerima ketibaan pelancong-pelancong berkenaan.
Jelasnya lagi, pihaknya sedang berunding dengan pengusaha-pengusaha kapal persiaran mewah bagi tawaran pakej yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.
" Kita mengharapkan supaya para pelancong kapal persiaran ini dapat bermalam di Melaka dan kita sedang berunding dengan pengusaha-pengusaha kapal persiaran bagi mendapat pakej istimewa buat pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 nanti", katanya kepada pemberita selepas menyambut 390 pelancong Kapal Persiaran Mewah Ms Amadea yang tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.
(Exco Pelancongan , Warisan ,Seni Dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
/FOTO RTM)