fb fb fb fb fb

Naib Canselor ajak rakyat sambung belajar di UUM melalui 'ODL'

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM/FOTO UUM

SINTOK, 23 November-Selaras dengan falsafah pembelajaran sepanjang hayat, Universiti Utara Malaysia (UUM) akan terus membuka peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti berfokuskan pengurusan berkenaan.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, ini termasuk kepada masyarakat antarabangsa untuk menuntut ilmu bersama warga pendidik di bumi Sintok melalui secara langsung atau secara dalam talian.

"Saya ingin mengajak orang ramai untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Bagi yang belum berijazah, ambillah ijazah sarjana muda dan mereka yang sudah berijazah, boleh menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan seterusnya ke peringkat Doktor Falsafah.

"UUM sentiasa komited dalam penyediaan platform yang kondusif dalam hal berkaitan menuntut ilmu ini.

"Justeru, UUM kini rancak menyediakan prasarana ICT dan bilik kuliah pintar yang mencukupi untuk menawarkan program secara atas talian ataupun dikenali sebagai Open Distance Learning (ODL) yang akan ditawarkan mulai September tahun depan," katanya pada sesi terakhir, yang kesembilan Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM, hari ini.

Turut diraikan, beberapa personaliti terkenal yang menaiki pentas menerima ijazah mereka, antaranya Tomok, Haziq AF, Pekin Ibrahim, PU Hilmi dan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

Seramai 768 graduan daripada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) menerima ijazah masing-masing hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD