fb fb fb fb fb

Nahas jalan raya, penunggang motosikal parah

SIMPANG EMPAT, 29 Disember - Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta.

Kejadian berlaku di Jalan Tok Pulau Kampung Cantik Bangun, di sini kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan diterima kira-kira pukul 8.16 pagi.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Empat bersama lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Firdaus Ismail bergegas ke lokasi kemalangan.

(Lima anggota bomba bergegas ke lokasi kemalangan)

Mangsa yang terperosok di bawah salah sebuah kereta berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan parah seluruh anggota badan.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Media Baharu