fb fb fb fb fb

Nahas dua kenderaan, tiga orang maut

Foto Polis Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 29 Januari- Tiga orang maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 48.8 Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi, kira-kira pukul 7.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 46 tahun.

"Kesemua mangsa ditemukan cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Punca kemalangan masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM