PETALING JAYA, 12 Mei - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak lapan peratus untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP).
Agihan membabitkan hampir 8,000 pelabur itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri NAFAS di Kota Damansara, di sini.
Kadar dividen berkenaan membabitkan enam peratus dividen dan dua peratus bonus untuk pelaburan RM50,000 pertama.
bonus untuk pelaburan RM50,000 pertama)
“DPK turut mengumumkan satu peratus hibah bagi Akaun Simpanan Biasa Al-Wadiah DPK dengan jumlah keseluruhan komitmen bayaran sebanyak RM10.30 juta,”kata NAFAS menerusi kenyataan.
NAFAS turut menjelaskan, DPK mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM12.5 juta dengan keseluruhan dividen dan bonus sebanyak RM10.2 juta.
“DPK mampu memberikan pulangan yang kompetitif dan konsisten walaupun mengalami ketidaktentuan ekonomi dunia pasca pandemik COVID-19 dengan menguruskan dana berjumlah RM222 juta bagi tahun kewangan 2022.
“DPK meneroka pelaburan baharu yang mapan serta terlibat aktif dalam langganan Saham Tawaran Permulaan Awam (IPO)," jelas kenyataan itu.