NADI diperkasa bawa teknologi, AI ke kawasan luar bandar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) Madani Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Pulau Pinang – Foto Bernama

PERMATANG PAUH, 29 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu manfaat teknologi dan kecerdasan buatan (AI) terus diperluas menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mahu manfaat teknologi dan kecerdasan buatan (AI) diperluas melalui NADI agar rakyat luar bandar tidak tercicir.
  • Malaysia membawa AI ke peringkat daerah, setiap Dewan Undangan Negeri mempunyai satu atau dua pejabat NADI.
  • NADI juga diwujudkan di kawasan pedalaman seperti Pulau Banggi, menyumbang kepada kejayaan Malaysia di peringkat dunia.
  • Usaha masih belum mencukupi kerana ramai tidak mengetahui fungsi NADI dan tidak memanfaatkan kemudahan, khususnya untuk anak-anak.

Ini bagi memastikan rakyat di kawasan luar bandar tidak tercicir daripada perkembangan teknologi tersebut.

Beliau berkata, Malaysia satu-satunya negara yang membawa AI dan teknologi itu ke peringkat daerah dengan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai NADI.

“Kita juga sebuah negara yang mahu menerajui AI, teknologi dan maklumat. Sebab itu kita wujudkan NADI, dan Malaysia merupakan antara negara yang membawa kemudahan AI serta teknologi hingga ke peringkat daerah.

“Setiap DUN mempunyai satu atau dua pejabat NADI, termasuk di kawasan pedalaman seperti Pulau Banggi di hujung Sabah. Hasil usaha ini, Malaysia turut mencapai kejayaan di peringkat dunia,” katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, usaha ini masih belum mencukupi kerana masih ramai yang tidak mengetahui fungsi NADI, serta tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan, khususnya untuk anak-anak.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) Madani Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman, Penanti.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.