fb fb fb fb fb

MyDigital ID pelengkap MyKad, lindungi identiti rakyat daripada jenayah siber

Kerajaan sasar 13 juta rakyat daftar MyDigital ID tahun ini

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Kerajaan menggalakkan rakyat mendaftar MyDigital ID sebagai langkah melindungi identiti daripada jenayah siber yang semakin meningkat.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 yang dibentangkan di Parlimen hari ini adalah bagi menyokong pelaksanaan MyDigital ID sebagai pelengkap kepada MyKad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Program PDRM Special Dialogue III di ibu negara.

Datuk Seri Saifuddin menjelaskan, inisiatif itu adalah sebahagian daripada strategi utama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dalam memastikan keselamatan data peribadi rakyat sentiasa terjamin.

“MyDigital ID akan menggunakan kaedah single sign-on yang mampu mengurangkan risiko pencerobohan data serta pencurian identiti,” katanya.

Kerajaan turut menyasarkan seramai 13 juta rakyat Malaysia mendaftar MyDigital ID menjelang akhir tahun ini.

HASRON BIN HASSAN