JOHOR BAHRU, 24 Disember- Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sedang mengenal pasti lokasi hub gudang bersesuaian di Kaherah, Mesir untuk dijadikan tempat penyimpanan dan penghantaran barang-barang keperluan ke Gaza, Palestin.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, ia sebagai pelan jangka panjang dan penjimatan masa penghantaran barang keperluan ke Gaza.
Ia juga sebagai jaminan, memastikan semua barang keperluan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Setakat ini, tiga penerbangan membawa 100 tan barang keperluan menerusi Ops Ihsan telah dilaksanakan.
"Ops Ihsan sedang mencari sama ada membina gudang sendiri, menyewa gudang menguruskan gudang sendiri atau berurusan dengan partner yang sedia ada di Cairo, itu antara perkara yang sedang dikaji team Ops Ihsan kerana baragan di sini boleh di cari, tetapi kos menghantar terlalu tinggi. Untuk jangka panjang mencari gudang di sini untuk membuat pembungkusan dan dan penghantaran terus ", katanya kepada media di sini.
Penduduk Gaza ketika ini memerlukan khemah dan makanan.