fb fb fb fb fb

MYAirline: KSM arah JTK selesaikan segera siasatan isu gaji pekerja tidak dibayar

Foto Fail

PUTRAJAYA, 1 November - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) diarah mempercepat siasatan terhadap syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata ia bagi membela nasib dan membantu status pekerja yang masih tergantung.

"Saya akan ambil maklum perkara ini dan saya akan beri notifikasi arahan kepada JTK dan Perkeso untuk melihat pekerja-pekerja yang terlibat. Jika memang mereka layak untuk dari segi Perkeso dan juga skim-skim yang lain kita akan percepatkan, jangan sampai pekerja-pekerja ini terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis Penutup Program DOSH 1648K Virtual Steps Challengge bersama Industri, di sini.

Tambah Mustapha, sisatan berhubung kes terbabit masih lagi berjalan dan sedang menunggu keputusan mahkamah.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, menggesa campur tangan kerajaan dalam isu membabitkan kakitangan syarikat MYAirline yang didakwa tidak dibayar gaji dua bulan sejak September lalu, selain tidak diperlakukan dengan adil. 

Syarikat berkenaan didakwa turut gagal menyatakan status sebenar mereka sebagai pekerja yang masih tergantung hingga kini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN