fb fb fb fb fb

Dokumen pengenalan diri, hanya 51 kanak-kanak di institusi JKM belum miliki

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 November - Sehingga bulan lalu, hanya 51 daripada 365 kanak-kanak di bawah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum memiliki dokumen pengenalan diri.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah  Sabu berkata berdasarkan rekod JKM, jumlah itu berkurang berbanding 158 kanak-kanak, tahun lalu.

"Dalam menguruskan pengenalan diri kanak- kanak, JKM sentiasa berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam urusan permohonan daftar lewat kelahiran bagi mendapatkan sijiil kelahiran.

"Pihak JPN sentiasa memberikan keutamaan membantu kanak-kanak JKM untuk mendapatkan sijil kelahiran sebelum kanak-kanak tamat perintah  berada di institusi JKM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Aiman, beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama pihak JPN bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.

Ketika ini, sebanyak 39 institusi kanak-kanak di bawah seliaan JKM sedang beroperasi di seluruh negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN