fb fb fb fb fb

MPM, USIM PACE tandatangan MoU perkasa ujian MUET

Badrul Hisham (lima dari kanan) dan Dr. Sharifudin bertukar dokumen MoU yang ditandatangani sambil disaksikan Prof Md Amin di Bangunan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang

SELAYANG, 4 Disember - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan PACE (Professional Advancement & Continuing Education Centre), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ketua Eksekutif MPM, Badrul Hisham Abdullah berkata jalinan kerjasama itu dilihat membuka peluang baharu pada peringkat antarabangsa secara bersama bagi melaksanakan atau memperkenalkan peperiksaan baharu pada masa hadapan mengikut keperluan dan permintaan semasa dunia pendidikan.

"Saya sentiasa komited dalam usaha memperluas jaringan kerjasama strategik demi meneroka peluang baharu pada peringkat antarabangsa disamping memperkukuh dan mengangkat martabat sistem pentaksiran negara ke peringkat global," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU itu pada Selasa lalu bersempena dengan Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia ke-172.

Majlis itu disaksikan Pengerusi MPM, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, yang juga Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pada majlis berkenaan USIM PACE diwakili Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani manakala MPM pula diwakili Ketua Eksekutif MPM, Badrul Hisham Abdullah.

Tujuan kerjasama itu merangkumi pelaksanaan ujian Malaysian University English Test (MUET) secara on Demand (MoD) di pusat-pusat ujian MUET di luar negara yang akan melibatkan pegawai peperiksaan bertauliah MPM bagi memastikan pengelolaan ujian berjalan lancar dan mematuhi standard yang ditetapkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI