fb fb fb fb fb

Motosikal bertembung, dua maut

YAN, 8 Mei- Dua maut termasuk seorang pelajar wanita tingkatan satu selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, Kedah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata, "kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.15 malam menyebabkan adik mangsa yang membonceng motosikal cedera."

Katanya menerusi kenyataan mangsa, "Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41 tahun dan Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13 tahun maut di tempat kejadian manakala Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11 tahun hanya mengalami kecederaan."

Katanya, "siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang dua beradik berkenaan memasuki laluan arah bertentangan dan bertembung di bahagian hadapan motosikal lelaki terbabit."

Ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai tidak memakai topi keledar.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan  untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Kemalangan berlaku di Jalan Sungai Dedap, Yan, Kedah)

Media Baharu