fb fb fb fb fb

Polis beri amaran kepada penduduk Taman Mount Austin

JOHOR BAHRU, 8 Mei- Polis memberi amaran kepada penduduk Taman Mount Austin semalam, kerana menghalang jalan raya, dan membahayakan keselamatan awam dengan dengan meletakkan beberapa tong di laluan Jalan Mutiara Emas, di sini.

Tong tersebut digunakan untuk menghalang pengguna jalan raya membawa kereta dengan laju, selain tidak membenarkan kenderaan persendirian diletakkan dihadapan kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, "pihaknya telah mengalihkan halangan tersebut bagi memastikan laluan lancar, selain merampas tong–tong tersebut."

Tindakan penduduk terlibat disifatkan sebagai mementingkan diri, dan mampu mendatangkan masalah kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya lain.

Pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan laluan lancar.

(Polis beri amaran supaya tidak meletakkan tong di Jalan Mutiara Emas)

Media Baharu